Monday, November 23, 2009

Sejarah c

Bahasa pengaturcaraan C diasaskan dari bahasa B yang diasaskan oleh bahasa BCPL (Basic Combined Programming Language) dihasilkan oleh Martin Richards di University of Cambridge pada tahun 1967. Bahasa B dan C diambil sempena huruf-huruf pertama dan kedua nama BCPL.


Bahasa c direka oleh Dennis Ritchie pada tahun 1972 di Bell labs. untuk pengetahuan Unix merupakan salah satu sistem pengoperasian pertama yang menggunakan bahasa c.

Kelebihan bahasa c

- Bahasa c merupakan bahasa yang paling lama digunakan menjadikan ianya mantap dan sukar diubah-ubah.
- Pengganti kepada bahasa perhimpunan kerana mampu melakukan operasi terus di paras rendah.
- Operator yang di gunakan dalam c banyak digunakan untuk dalam perisian komersial.
- Tidak bergantung kepada mana-mana mesin. Ini memudahkan kita untuk memindahkan aturcara kita kemana-mana mesin.

Pengkompile

Merupakan suatu perisian sistem yang menterjemahkan aturcara yang berbentuk Teks (ditulis oleh kita sendiri) kepada satu format yang boleh dilaksanakan oleh komputer.

Pada masa kini terdapat banyak jenis pengkompile yang di gunakan untuk menulis bahasa c dan seterusnya mengkompile aturcara yang telah kita reka.

Anda boleh rujuk disini untuk memilih jenis kompiler.

Pada kali ini kita akan menggunakan kompiler jenis Lcc-win32 dalam windows. Anda boleh download secara percuma disini. Anda hanya perlu memilih samada prosesser komputer anda menggunakan 32 bit atau 64 bit.

Insyaallah pada post-post yang akan datang saya akan tunjukkan penggunaan jenis kompiler lain dalam os linux...

No comments:

Post a Comment