Wednesday, November 11, 2009

Proses pembangunan aturcara

Proses pembagunan aturcara

- Analisis masalah

- Rekabentuk algoritma

- Pengkodan Aturcara

- Pengujian Aturcara

- Pendokumentasian

Analisis Masalah

- Pengaturcara akan berbincang dengan para penganalisa sistem dan pengguna tentang keperluan yang perlu ada dalam aturcara.

- Mereka akan menentukan keperluan aturcara input, output, dan proses yang dikehendaki (Input/Proses/Output atau IPO)

Rekabentuk Algoritma

Memerlukan tiga proses utama iaitu :

- Pengaturcara akan mengumpulkan aktiviti aturcara dalam modul.

- Aktiviti-aktiviti yang telah dikumpulkan akan digunakan bagi membina algoritma penyelesaian bagi setiap modul.

- Pengaturcara akan menguji keseluruhan algoritma penyelesaian dalam aturcara

Terdapat 2 kaedah perwakilan algoritma :

- Kod persudo
- Perwakilan carta alir

Perwakilan Kod Pseudo

- Kod pseudo (Pseudo code) bermaksud kod mudah yang lebih mirip kepada kod aturcara yang akan ditulis semasa fasa implementasi.

- kod pseudo menggunakan frasa perkataan dan boleh ditulis dalam mana-mana bahasa asasi seperti bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

contoh :

Kod Pseudo :

-Mula (Daftar masuk)

-Baca Nama dan Katalaluan

-Jika betul paparkan maklumat lain

-Jika salah kembali kepada form login

-Tamat

Perwakilan Carta Alir

- Perwakilan algoritma dalam bentuk grafik dengan menggunakan simbol-simbol khas dan disambung dengan aliran aktiviti.

- Simbol-simbol yang digunakan untuk mewakili perjalanan proses

Simbol-simbol yang biasa digunakan





Pengkodan Aturcara

- Pengaturcara akan menterjemahkan rajah algoritma ke dalam bahasa pengaturcaraan.

- Aturcara tersebut akan dimasukkan ke dalam komputer.

- Ulasan bagi aturcara juga turut disertakan bagi memudahkan pemahaman pengaturcara.

Pengujian Aturcara

- Aturcara akan diuji bagi memastikan ia tidak mempunyai ralat.

- Ralat aturcara dapat dikesan apabila aturcara tidak mengikut tatabahasa atau sintaks yang telah ditetapkan.

Tiga jenis ralat dalam aturcara iaitu :

Ralat sintaks ( Syntax error )

- sintaks ini terjadi apabila pengaturcara tidak mematuhi peraturan atau tatabahasa bahasa yang dipilih.

Ralat Logik ( Logic error )

- Ralat logik selalunya tidak disedari oleh pengaturcara kerana tiada mesej ralat diberikan dan output yang diberikan adalah salah oleh aturcara.

Ralat Nyahpijat ( Debugging error )

- Ralat nyahpijat akan berlaku apabila input data tidak mematuhi jenis atau struktur data yang ditetapkan.

Pendokumentasian

- Pendokumentasian akan meliputi maklumat atau dokumen tentang penyelesaian masalah dan aturcara.

- Pengaturcara lain akan menggunakan dokumentasi ini sebagai rujukan dalam menyelenggarakan perisian yang dibangunkan.

Antara proses dalam pendokumentasian :

- Menyemak semula pengkodan aturcara

- Menyemak semula semua dokumen

- Membaiki ralat

- Membuat penambahan seperti membaiki ralat dan mengubahsuai aturcara

Untuk menghasilkan suatu aplikasi atau aturcara yang mantap dan mudah diselengara langkah di atas perlu dititik beratkan.

/*Tutorial akan bermula pada post yang akan datang. Jangan ketinggalan kerana saya akan tunjukan langkah-langkah dari awal proses pembangunan aturcara (seperti diatas) hingga terhasilnya satu aturcara */

// opss.. lupa lak bahasa yang akan saya gunakan adalah c (c language).



4 comments:

  1. salam...nak tnya kalau dalam assingment..problem analysis ni nk kene buat jadual ke atau tulis essay jugak ke? terima kasih

    ReplyDelete