Wednesday, November 11, 2009

Bahasa komputer

Bahasa komputer atau lebih mudahnya bahasa pengaturcaraan merupakan bahasa yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi atau memberi arahan kepada komputer. Bahasa ini digunakan oleh pengaturcara untuk mengkelaskan perkara berikut :

i) Apa data yang diperlu diproses oleh komputer

ii) Kemana maklumat dan data perlu di simpan

iii) Bagaimana memanipulasi data untuk menjadikan data tersebut lebih berguna.


Terdapat dua peringkat/paras bahasa pengaturcaraan:

Peringkat Rendah

1.bahasa mesin (1GL)

2.bahasa penghimpun (2GL)

Peringkat Tinggi

1.Pengaturcaraan Berstruktur (3GL)

-Berasaskan teks (COBOL,QuickBASIC,ADA,Fotran,Pascal,C)

-Dengan Visual (Visual Basic)

2.Pengaturcaraan Berorientasikan Objek (4GL)

-Berasaskan teks (C++, Java)

-Dengan Visual (Visual C++) dll


Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang bahasa pengaturcaraan ini di laman wiki.

Namun apa yang penting adalah proses untuk membangunkan sesebuah aturcara atau aplikasi. Pada post yang akan datang saya akan terangkan bagaimana langkah dan proses yang perlu dilakukan untuk menbangunkan aplikasi.

No comments:

Post a Comment