Wednesday, December 2, 2009

layan radio online

Radio Online di Rhythmbox (Ubuntu)

Mereka yang suka mendengar radio pasti tidak melepaskan peluang mendengar radio online di Malaysia. Berikut senarai link radio yang boleh digunakan pada Rhythmbox.

Tutorial.

1. Pergi ke Applications > Sound and Video > Rhythmbox Music Player.
2. Klik Radio pada sebelah kiri panel.
3. Tekan butang paling kanan sekali – Create new Internet radio – di bahagian toolbar.
4. Isikan mana-mana link di bawah pada ruangan di tetingkap yang muncul nanti.
5. Tekan Add.
6. Klik dua (2) kali pada nama link radio yang diletakkan tadi.



* Fly Fm – http://rs9.radiostreamer.com:11000/
* Hot Fm – http://rs9.radiostreamer.com:10000/
* One Fm – http://rs9.radiostreamer.com:12000/
* Era Fm – mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_ERA
* Hitz Fm – mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_HITZ
* Ikim Fm – http://210.48.148.126/ikim
* Mix Fm – mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_MIX
* Red Fm – http://75.125.106.156:9000/;stream.nsv
* Sinar Fm – mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_SINAR
* X-Fresh Fm – mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_XFM
* Klasik Fm – http://mfile.akamai.com/24752/live/reflector:50934.asx
* Jazz Fm – http://tlrc.as34763.net/live.asx?station=jazz1
* My Fm – mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_MYFM
* Kl Fm – http://mfile.akamai.com/24752/live/reflector:56151.asx
* Musik Fm – http://bkj-station4.jaring.my/muzikfm
* Radio 24 Fm – http://www.radio24.com.my/player/radio24.asx
* Suria Fm – mms://kl.cdn.tm.net.my/suriafm
* Minnal Fm – http://bkj-station1.jaring.my/minnalfm
* Express Tamil Online Radio Fm – http://www.extamil.com/radio
* Ai Fm – http://bkj-station4.jaring.my/aifm
* Mnet Fm – http://live.mnetfm.net:8080
* Nasyid Fm – http://nasyidfm.net/radio/listen.asx
* 988 Fm - http://75.125.106.155:8000
* Radio Sabah Fm – http://www.rtmsabah.gov.my/sabah_fm.asx
* Radio Sabah V Fm – http://www.rtmsabah.gov.my/sabah_v_fm.asx
* Labuan Fm – http://grace.fast-serv.com:9854
* Traxx Fm – http://bkj-station1.jaring.my/traxxfm
* Asyik Fm – http://bkj-station1.jaring.my/asyikfm
* Lite Fm – mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_LITE
* THR Gegar Fm “permata pantai timur” – mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_THRG
* THR Raaga Fm – mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_THRR
* Fuhyoo Fm – http://78.129.245.212:32253
* Fungkur Fm – http://fungkurfm.mine.nu:8000
* Rilek Fm – http://67.220.76.198:8000
* Putra Fm – http://www.putrafm.upm.edu.my:8080
* Langkawi Fm – http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/rml.asx
* Multimedia Unversiti Fm – http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/rmmu.asx
* Selangor Fm – http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/rms.asx
* Negeri Fm – http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/rmns.asx
* Kedah Fm – http://60.51.214.210:8000/
* Perlis Fm – http://60.49.230.182:8000/

Layan sinar pagi bro sure best...

Tahnkz to jom linux

Monday, November 23, 2009

Sejarah c

Bahasa pengaturcaraan C diasaskan dari bahasa B yang diasaskan oleh bahasa BCPL (Basic Combined Programming Language) dihasilkan oleh Martin Richards di University of Cambridge pada tahun 1967. Bahasa B dan C diambil sempena huruf-huruf pertama dan kedua nama BCPL.


Bahasa c direka oleh Dennis Ritchie pada tahun 1972 di Bell labs. untuk pengetahuan Unix merupakan salah satu sistem pengoperasian pertama yang menggunakan bahasa c.

Kelebihan bahasa c

- Bahasa c merupakan bahasa yang paling lama digunakan menjadikan ianya mantap dan sukar diubah-ubah.
- Pengganti kepada bahasa perhimpunan kerana mampu melakukan operasi terus di paras rendah.
- Operator yang di gunakan dalam c banyak digunakan untuk dalam perisian komersial.
- Tidak bergantung kepada mana-mana mesin. Ini memudahkan kita untuk memindahkan aturcara kita kemana-mana mesin.

Pengkompile

Merupakan suatu perisian sistem yang menterjemahkan aturcara yang berbentuk Teks (ditulis oleh kita sendiri) kepada satu format yang boleh dilaksanakan oleh komputer.

Pada masa kini terdapat banyak jenis pengkompile yang di gunakan untuk menulis bahasa c dan seterusnya mengkompile aturcara yang telah kita reka.

Anda boleh rujuk disini untuk memilih jenis kompiler.

Pada kali ini kita akan menggunakan kompiler jenis Lcc-win32 dalam windows. Anda boleh download secara percuma disini. Anda hanya perlu memilih samada prosesser komputer anda menggunakan 32 bit atau 64 bit.

Insyaallah pada post-post yang akan datang saya akan tunjukkan penggunaan jenis kompiler lain dalam os linux...

Wednesday, November 11, 2009

Proses pembangunan aturcara

Proses pembagunan aturcara

- Analisis masalah

- Rekabentuk algoritma

- Pengkodan Aturcara

- Pengujian Aturcara

- Pendokumentasian

Analisis Masalah

- Pengaturcara akan berbincang dengan para penganalisa sistem dan pengguna tentang keperluan yang perlu ada dalam aturcara.

- Mereka akan menentukan keperluan aturcara input, output, dan proses yang dikehendaki (Input/Proses/Output atau IPO)

Rekabentuk Algoritma

Memerlukan tiga proses utama iaitu :

- Pengaturcara akan mengumpulkan aktiviti aturcara dalam modul.

- Aktiviti-aktiviti yang telah dikumpulkan akan digunakan bagi membina algoritma penyelesaian bagi setiap modul.

- Pengaturcara akan menguji keseluruhan algoritma penyelesaian dalam aturcara

Terdapat 2 kaedah perwakilan algoritma :

- Kod persudo
- Perwakilan carta alir

Perwakilan Kod Pseudo

- Kod pseudo (Pseudo code) bermaksud kod mudah yang lebih mirip kepada kod aturcara yang akan ditulis semasa fasa implementasi.

- kod pseudo menggunakan frasa perkataan dan boleh ditulis dalam mana-mana bahasa asasi seperti bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

contoh :

Kod Pseudo :

-Mula (Daftar masuk)

-Baca Nama dan Katalaluan

-Jika betul paparkan maklumat lain

-Jika salah kembali kepada form login

-Tamat

Perwakilan Carta Alir

- Perwakilan algoritma dalam bentuk grafik dengan menggunakan simbol-simbol khas dan disambung dengan aliran aktiviti.

- Simbol-simbol yang digunakan untuk mewakili perjalanan proses

Simbol-simbol yang biasa digunakan





Pengkodan Aturcara

- Pengaturcara akan menterjemahkan rajah algoritma ke dalam bahasa pengaturcaraan.

- Aturcara tersebut akan dimasukkan ke dalam komputer.

- Ulasan bagi aturcara juga turut disertakan bagi memudahkan pemahaman pengaturcara.

Pengujian Aturcara

- Aturcara akan diuji bagi memastikan ia tidak mempunyai ralat.

- Ralat aturcara dapat dikesan apabila aturcara tidak mengikut tatabahasa atau sintaks yang telah ditetapkan.

Tiga jenis ralat dalam aturcara iaitu :

Ralat sintaks ( Syntax error )

- sintaks ini terjadi apabila pengaturcara tidak mematuhi peraturan atau tatabahasa bahasa yang dipilih.

Ralat Logik ( Logic error )

- Ralat logik selalunya tidak disedari oleh pengaturcara kerana tiada mesej ralat diberikan dan output yang diberikan adalah salah oleh aturcara.

Ralat Nyahpijat ( Debugging error )

- Ralat nyahpijat akan berlaku apabila input data tidak mematuhi jenis atau struktur data yang ditetapkan.

Pendokumentasian

- Pendokumentasian akan meliputi maklumat atau dokumen tentang penyelesaian masalah dan aturcara.

- Pengaturcara lain akan menggunakan dokumentasi ini sebagai rujukan dalam menyelenggarakan perisian yang dibangunkan.

Antara proses dalam pendokumentasian :

- Menyemak semula pengkodan aturcara

- Menyemak semula semua dokumen

- Membaiki ralat

- Membuat penambahan seperti membaiki ralat dan mengubahsuai aturcara

Untuk menghasilkan suatu aplikasi atau aturcara yang mantap dan mudah diselengara langkah di atas perlu dititik beratkan.

/*Tutorial akan bermula pada post yang akan datang. Jangan ketinggalan kerana saya akan tunjukan langkah-langkah dari awal proses pembangunan aturcara (seperti diatas) hingga terhasilnya satu aturcara */

// opss.. lupa lak bahasa yang akan saya gunakan adalah c (c language).



Bahasa komputer

Bahasa komputer atau lebih mudahnya bahasa pengaturcaraan merupakan bahasa yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi atau memberi arahan kepada komputer. Bahasa ini digunakan oleh pengaturcara untuk mengkelaskan perkara berikut :

i) Apa data yang diperlu diproses oleh komputer

ii) Kemana maklumat dan data perlu di simpan

iii) Bagaimana memanipulasi data untuk menjadikan data tersebut lebih berguna.


Terdapat dua peringkat/paras bahasa pengaturcaraan:

Peringkat Rendah

1.bahasa mesin (1GL)

2.bahasa penghimpun (2GL)

Peringkat Tinggi

1.Pengaturcaraan Berstruktur (3GL)

-Berasaskan teks (COBOL,QuickBASIC,ADA,Fotran,Pascal,C)

-Dengan Visual (Visual Basic)

2.Pengaturcaraan Berorientasikan Objek (4GL)

-Berasaskan teks (C++, Java)

-Dengan Visual (Visual C++) dll


Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang bahasa pengaturcaraan ini di laman wiki.

Namun apa yang penting adalah proses untuk membangunkan sesebuah aturcara atau aplikasi. Pada post yang akan datang saya akan terangkan bagaimana langkah dan proses yang perlu dilakukan untuk menbangunkan aplikasi.

Tuesday, November 10, 2009

Selamat Datang

Anda kini berada di lama perkongsian ilmu. Laman ini saya wujudkan untuk berkongsian ilmu terutama dalam bidang pengaturcaraan komputer. Saya tidaklah mempunyi ilmu yang tinggi dalam pengaturcaraan atau pengalaman yang lama dalam arina ini.

Tapi minat yang mendalam dalam pengaturcaraan mendorong saya menghasilkan laman ini untuk memantapkan lagi skill dan knowledge dalam pengaturcaraan .
Apa yang saya harapkan anda diluar sana yang lebih mantap dan berpengalaman dapat memberi comment dan tunjuk ajar dalam blog ini.

arios...